Saturday, October 10, 2009

Ahli Kumpulan

Helvia Jaimol
Seelah J. Julai
Titiwana Binti Zainal
Nurul Baizura
Noretta

RM1 Save lives

Hai..kangkawan..ni pelajar-pelajar perhubungan awam menjalankan kutipan derma RM1 Save Lives sepanjang pesta tamu gadang dan hari konvo bermula daripada 10-16September 2009. Tujuan kutipan derma ini di jalankan adalah sempena projek pelajar-pelajar PR, dalam masa yang juga derma yang berjaya di hasilkan akan di sumbangkan kepada kanak-kanak atau pesakit yang mengalami penyakit kronik seperti leukimia dan kanser melalui hospital Likas. Oleh itu, derma lah wahai kangkawan..alah, berapa jer tu pun hanya RM1, nak beli nasi lemak lagi mahal kan,sedangkan top-up RM10 boleh dapat apatah menderma RM1 pula. Kasihani lah juga mereka yang bernasib malang, kita pun bukannya tahu nasib kita macam mana. Mereka pun nak juga hidup tanpa sebarang kesakitan kan..Derma lah ya selagi kita mampu menderma dan sebelum kita di derma juga. Kan menderma itu satu pahala dan Tuhan akan memberkati kita kerana kita mengasihi lebih daripada diri sendiri. Tempat pendermaan terletak di tamu gadang dari jam8am-5pm..

Friday, October 9, 2009

OBAMA PEMENANG NOBEL KEAMANAN

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang baru memimpin AS kurang sembilan bulan diumumkan semalam oleh Jawatankuasa Nobel Norway sebagai pemenang anugerah Nobel Keamanan.

Bagaimanapun, beberapa pihak mengkritik pemilihannya sebagai pemenang termasuk pergerakan Taliban yang kini berperang dengan askar-askar AS di Afghanistan.
Obama, 48, diumum pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2009 dan akan menerima hadiah wang tunai AS$1.4 juta (RM4.75 juta).

Beliau akan menerima hadiah itu dalam satu majlis di sini pada 10 Disember depan.
Pengerusi Jawatankuasa Nobel, Thorbjoern Jagland menolak dakwaan bahawa kemenangan Obama itu terlalu awal untuk diberikan kepadanya.

Jawatankuasa itu sebaliknya memuji Obama kerana melakukan usaha luar biasa bagi mengukuhkan diplomasi antarabangsa dan kerjasama antara manusia.

Antara pemimpin dunia yang telah memenangi Hadiah Nobel Keamanan termasuk Nelson Mandela dari Afrika Selatan, bekas presiden Rusia, Mikhail Gorbachev dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan,

Wednesday, October 7, 2009

Bayi kena hempap batu, kayu selamat

PARIAMAN (Sumatera Barat): Berpantang maut sebelum ajal. Walaupun dihempap dinding batu dan kayu, seorang bayi perempuan berusia satu setengah bulan yang sedang tidur berseorangan di rumahnya di Kampung Lubuk Laweh, Tandikek di sini, terselamat dalam tragedi tanah runtuh berikutan gempa bumi, minggu lalu.

Dalam bencana jam 5.30 petang itu, Aini Hardi hanya patah kaki kanan serta luka di muka, manakala kakak dan abangnya berusia lapan dan empat tahun yang ketika itu berada di masjid terkorban dan mayat kedua-duanya belum ditemui.
Ibu kanak-kanak itu, Rosmawati Jose, 29, dan seorang lagi abang Aini, Faiz berusia dua tahun, pula terselamat. Suami Rosmawati, Hardi Saputra, 31, turut terselamat kerana tidak berada di rumah ketika kejadian.

Rosmawati ketika ditemui Berita Harian semalam, berkata ketika kejadian beliau ke rumah bapa saudaranya tidak jauh dari rumahnya untuk mengambil ubat kerana kakinya bengkak.

"Tiba-tiba gempa berlaku menyebabkan saya meluru keluar untuk menyelamatkan anak-anak dan ketika itulah saya terkejut melihat tanah bukit runtuh dan melanda kampung seperti ombak besar.

"Saya terus berlari mendapatkan Faiz yang berada di depan rumah, namun sebelum sempat masuk ke dalam untuk mengambil Aini saya ditimpa pokok kelapa dan runtuhan dinding rumah," katanya yang masih trauma dengan kehilangan dua anaknya.

Rosmawati yang cedera pada seluruh badan termasuk muka dan pinggang, berkata Faiz yang dalam dukungannya turut tersepit di sebelahnya menyebabkan mereka tidak dapat bergerak.

"Saya menjerit meminta tolong. Faiz pula menangis kerana sakit dan terkejut. Ketika itu saya turut mendengar Aini menangis dan sangat sedih mengenangkan dia yang sangat kecil itu kesakitan akibat ditimpa runtuhan rumah. "Mujur kira-kira 10 minit kemudian, adik saya yang terselamat datang mencari kami dan saya menyuruhnya masuk ke runtuhan rumah mencari Aini," katanya.

Aini ditemui terperangkap di bawah runtuhan dengan hanya mulutnya kelihatan dari atas. Bayi itu terselamat kerana runtuhan tiang kayu yang bersilang menyebabkan dinding tidak menghempapnya secara langsung.

JANGAN PANIK ISU BULUH RUNCING

Rakyat Malaysia diminta supaya tidak panik dengan khabar angin yang menyatakan sekumpulan warga Indonesia yang mengelar diri mereka sebagai 'Benteng Demokrasi Rakyat' (Bendera) akan menyerang Malaysia dengan mengunakan buluh runcing berhubung dengan isu pencurian budaya tarian dan pulau mereka dalam sebuah iklan pelancongan Malaysia.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, polis akan menyiasat khabar angin tersebut dan sentiasa dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan demi menjamin keselamatan negara. Beliau juga berkata, lawatan beliau ke kawasan panasa di daerah itu bertujuan meninjau kawasan-kawasan tersebut supaya bebas daripada jenayah disamping untuk meningkatkan integriti pasukan.
(dipetik dari metro online)

Sunday, October 4, 2009

SAMBUTAN MALAM PENGHAYATAN KEMERDEKAAN@E 2009
UMS: Dibawakan ekseklusif oleh exco kebudayaan dan kesenian dibawah Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) sesi 2008/2009 sambutan malam penhayatan kemerdekaan@E 2009 yang berlangsung dari 7.00malam hingga 10.30 malam disambut dengan penuh meriahnya. Sambutan ini diadakan pada 3 oktober 2009 bertempat di anjung perdana.
Malam penghayatan kemerdekaan ini telah dirasmikan oleh Dr.Andika Aziz Husin iaitu pengetua kolej kediaman E. Kesemua felo-felo turut sama datang bagi memeriahkan lagi majlis ini. Ditambah lagi dengan kehadiran warga mahasiswa dan mahasiswi kolej E maka sambutan kemerdekaan kali ini membawa satu kejayaan.
Sambutan kemerdekaan kali ini berlandaskan slogan yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita pada masa ini iaitu ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ dan bertemakan konsep tahun 1957. Semua yang menghadiri acara ini dikehendaki memakai pakaian baju kebangsaan yang telah ditetapkan agar ia dapat memeriahkan lagi acara tersebut.
Pelbagai acara menarik yang dapat disaksikan oleh semua penonton pada masa itu antaranya ialah persembahan 1 malaysia, nyanyian patriotik dan putera & puteri kemerdekaan. Ternyata susunan acara ini telah menarik perhatian penonton sehingga mereka menontonnya hingga majlis ini selesai.

Saturday, October 3, 2009

400 hilang ditelan bumi ketika gempa di Padang

JAKARTA: Kira-kira 400 orang yang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berkekuatan 7.6 pada skala Richter di Sumatera Barat pada 5.16 petang rabu lalu.
Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, iaitu merupakan struktur tertinggi di situ, juga sudah tidak kelihatan.

"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S Pakaya, yang dipetik Detikcom hari ini.

Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mangsa, beliau berkata dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.

Tragedi di kampung itu adalah satu daripada beberapa kejadian serupa yang mula mendapat perhatian setelah sistem komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.

Di Kota Padang sendiri, televisyen tempatan menyiarkan visual pelbagai usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan pihak berkuasa termasuk tentera di beberapa buah hotel dan bangunan lain seperti pusat tuisyen, ketika bau mayat dikatakan sudah mulai menyengat.
Kira-kira 100 mangsa pula dipercayai terhimpit di celah runtuhan lantai, bumbung dan dinding Hotel Ambacang manakala 50 murid masih tertimbus akibat tanah runtuh yang menenggelamkan sekolah mereka di Desa Tandidek, Pariaman.

Kira-kira 200 orang lagi masih hilang, juga dipercayai tertimbus dalam runtuhan dua buah bukit di Petamuan, Padang Pariaman.

Setelah masuk hari keempat yang dianggap sangat genting bagi pasukan mencari dan menyelamat untuk menemui dan mengeluarkan mangsa yang masih hidup, para pegawai pihak berkuasa berkata keluarga mangsa terutama yang tertimbus harus ikhlas merelakan kepergian keluarga mereka. - Bernama