Saturday, October 10, 2009

Ahli Kumpulan

Helvia Jaimol
Seelah J. Julai
Titiwana Binti Zainal
Nurul Baizura
Noretta

RM1 Save lives

Hai..kangkawan..ni pelajar-pelajar perhubungan awam menjalankan kutipan derma RM1 Save Lives sepanjang pesta tamu gadang dan hari konvo bermula daripada 10-16September 2009. Tujuan kutipan derma ini di jalankan adalah sempena projek pelajar-pelajar PR, dalam masa yang juga derma yang berjaya di hasilkan akan di sumbangkan kepada kanak-kanak atau pesakit yang mengalami penyakit kronik seperti leukimia dan kanser melalui hospital Likas. Oleh itu, derma lah wahai kangkawan..alah, berapa jer tu pun hanya RM1, nak beli nasi lemak lagi mahal kan,sedangkan top-up RM10 boleh dapat apatah menderma RM1 pula. Kasihani lah juga mereka yang bernasib malang, kita pun bukannya tahu nasib kita macam mana. Mereka pun nak juga hidup tanpa sebarang kesakitan kan..Derma lah ya selagi kita mampu menderma dan sebelum kita di derma juga. Kan menderma itu satu pahala dan Tuhan akan memberkati kita kerana kita mengasihi lebih daripada diri sendiri. Tempat pendermaan terletak di tamu gadang dari jam8am-5pm..

Friday, October 9, 2009

OBAMA PEMENANG NOBEL KEAMANAN

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang baru memimpin AS kurang sembilan bulan diumumkan semalam oleh Jawatankuasa Nobel Norway sebagai pemenang anugerah Nobel Keamanan.

Bagaimanapun, beberapa pihak mengkritik pemilihannya sebagai pemenang termasuk pergerakan Taliban yang kini berperang dengan askar-askar AS di Afghanistan.
Obama, 48, diumum pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2009 dan akan menerima hadiah wang tunai AS$1.4 juta (RM4.75 juta).

Beliau akan menerima hadiah itu dalam satu majlis di sini pada 10 Disember depan.
Pengerusi Jawatankuasa Nobel, Thorbjoern Jagland menolak dakwaan bahawa kemenangan Obama itu terlalu awal untuk diberikan kepadanya.

Jawatankuasa itu sebaliknya memuji Obama kerana melakukan usaha luar biasa bagi mengukuhkan diplomasi antarabangsa dan kerjasama antara manusia.

Antara pemimpin dunia yang telah memenangi Hadiah Nobel Keamanan termasuk Nelson Mandela dari Afrika Selatan, bekas presiden Rusia, Mikhail Gorbachev dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan,

Wednesday, October 7, 2009

Bayi kena hempap batu, kayu selamat

PARIAMAN (Sumatera Barat): Berpantang maut sebelum ajal. Walaupun dihempap dinding batu dan kayu, seorang bayi perempuan berusia satu setengah bulan yang sedang tidur berseorangan di rumahnya di Kampung Lubuk Laweh, Tandikek di sini, terselamat dalam tragedi tanah runtuh berikutan gempa bumi, minggu lalu.

Dalam bencana jam 5.30 petang itu, Aini Hardi hanya patah kaki kanan serta luka di muka, manakala kakak dan abangnya berusia lapan dan empat tahun yang ketika itu berada di masjid terkorban dan mayat kedua-duanya belum ditemui.
Ibu kanak-kanak itu, Rosmawati Jose, 29, dan seorang lagi abang Aini, Faiz berusia dua tahun, pula terselamat. Suami Rosmawati, Hardi Saputra, 31, turut terselamat kerana tidak berada di rumah ketika kejadian.

Rosmawati ketika ditemui Berita Harian semalam, berkata ketika kejadian beliau ke rumah bapa saudaranya tidak jauh dari rumahnya untuk mengambil ubat kerana kakinya bengkak.

"Tiba-tiba gempa berlaku menyebabkan saya meluru keluar untuk menyelamatkan anak-anak dan ketika itulah saya terkejut melihat tanah bukit runtuh dan melanda kampung seperti ombak besar.

"Saya terus berlari mendapatkan Faiz yang berada di depan rumah, namun sebelum sempat masuk ke dalam untuk mengambil Aini saya ditimpa pokok kelapa dan runtuhan dinding rumah," katanya yang masih trauma dengan kehilangan dua anaknya.

Rosmawati yang cedera pada seluruh badan termasuk muka dan pinggang, berkata Faiz yang dalam dukungannya turut tersepit di sebelahnya menyebabkan mereka tidak dapat bergerak.

"Saya menjerit meminta tolong. Faiz pula menangis kerana sakit dan terkejut. Ketika itu saya turut mendengar Aini menangis dan sangat sedih mengenangkan dia yang sangat kecil itu kesakitan akibat ditimpa runtuhan rumah. "Mujur kira-kira 10 minit kemudian, adik saya yang terselamat datang mencari kami dan saya menyuruhnya masuk ke runtuhan rumah mencari Aini," katanya.

Aini ditemui terperangkap di bawah runtuhan dengan hanya mulutnya kelihatan dari atas. Bayi itu terselamat kerana runtuhan tiang kayu yang bersilang menyebabkan dinding tidak menghempapnya secara langsung.

JANGAN PANIK ISU BULUH RUNCING

Rakyat Malaysia diminta supaya tidak panik dengan khabar angin yang menyatakan sekumpulan warga Indonesia yang mengelar diri mereka sebagai 'Benteng Demokrasi Rakyat' (Bendera) akan menyerang Malaysia dengan mengunakan buluh runcing berhubung dengan isu pencurian budaya tarian dan pulau mereka dalam sebuah iklan pelancongan Malaysia.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, polis akan menyiasat khabar angin tersebut dan sentiasa dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan demi menjamin keselamatan negara. Beliau juga berkata, lawatan beliau ke kawasan panasa di daerah itu bertujuan meninjau kawasan-kawasan tersebut supaya bebas daripada jenayah disamping untuk meningkatkan integriti pasukan.
(dipetik dari metro online)

Sunday, October 4, 2009

SAMBUTAN MALAM PENGHAYATAN KEMERDEKAAN@E 2009
UMS: Dibawakan ekseklusif oleh exco kebudayaan dan kesenian dibawah Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) sesi 2008/2009 sambutan malam penhayatan kemerdekaan@E 2009 yang berlangsung dari 7.00malam hingga 10.30 malam disambut dengan penuh meriahnya. Sambutan ini diadakan pada 3 oktober 2009 bertempat di anjung perdana.
Malam penghayatan kemerdekaan ini telah dirasmikan oleh Dr.Andika Aziz Husin iaitu pengetua kolej kediaman E. Kesemua felo-felo turut sama datang bagi memeriahkan lagi majlis ini. Ditambah lagi dengan kehadiran warga mahasiswa dan mahasiswi kolej E maka sambutan kemerdekaan kali ini membawa satu kejayaan.
Sambutan kemerdekaan kali ini berlandaskan slogan yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita pada masa ini iaitu ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ dan bertemakan konsep tahun 1957. Semua yang menghadiri acara ini dikehendaki memakai pakaian baju kebangsaan yang telah ditetapkan agar ia dapat memeriahkan lagi acara tersebut.
Pelbagai acara menarik yang dapat disaksikan oleh semua penonton pada masa itu antaranya ialah persembahan 1 malaysia, nyanyian patriotik dan putera & puteri kemerdekaan. Ternyata susunan acara ini telah menarik perhatian penonton sehingga mereka menontonnya hingga majlis ini selesai.

Saturday, October 3, 2009

400 hilang ditelan bumi ketika gempa di Padang

JAKARTA: Kira-kira 400 orang yang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berkekuatan 7.6 pada skala Richter di Sumatera Barat pada 5.16 petang rabu lalu.
Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, iaitu merupakan struktur tertinggi di situ, juga sudah tidak kelihatan.

"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S Pakaya, yang dipetik Detikcom hari ini.

Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mangsa, beliau berkata dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.

Tragedi di kampung itu adalah satu daripada beberapa kejadian serupa yang mula mendapat perhatian setelah sistem komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.

Di Kota Padang sendiri, televisyen tempatan menyiarkan visual pelbagai usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan pihak berkuasa termasuk tentera di beberapa buah hotel dan bangunan lain seperti pusat tuisyen, ketika bau mayat dikatakan sudah mulai menyengat.
Kira-kira 100 mangsa pula dipercayai terhimpit di celah runtuhan lantai, bumbung dan dinding Hotel Ambacang manakala 50 murid masih tertimbus akibat tanah runtuh yang menenggelamkan sekolah mereka di Desa Tandidek, Pariaman.

Kira-kira 200 orang lagi masih hilang, juga dipercayai tertimbus dalam runtuhan dua buah bukit di Petamuan, Padang Pariaman.

Setelah masuk hari keempat yang dianggap sangat genting bagi pasukan mencari dan menyelamat untuk menemui dan mengeluarkan mangsa yang masih hidup, para pegawai pihak berkuasa berkata keluarga mangsa terutama yang tertimbus harus ikhlas merelakan kepergian keluarga mereka. - Bernama

PhD ekspress salah dari segi etika: Ungku Aziz

KUALA LUMPUR: Pembelian PhD secara ekspress adalah masalah etika di kalangan masyarakat dan ia perlu ditangani secara serius oleh kerajaan, kata Prof Diraja Ungku Aziz.
Tokoh akademik itu berkata, ini kerana isu terbabit jika dibiarkan bukan sahaja memburukkan nama baik institusi pengajian terlibat malah boleh menjejaskan imej negara di mata dunia.
Namun beliau percaya institusi pengajian tempatan, awam atau swasta, menyedari "bahaya" pembeliaan Phd ekspress yang disifatkannya sebagai pengiktirafan "mee segera" membabitkan golongan tertentu.

"Pada saya ini soal etika. Universiti memang kena curiga untuk jaga nama baik dan mutu pendidikan. Apatah lagi kita sudah ada KPI (Petunjuk Prestasi Utama)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang meminta Jabatan Peguam Negara memutuskan sama ada pembelian gelaran seperti "Datuk" dari luar negara atau PhD secara ekspres adalah perbuatan jenayah atau sebaliknya.

Rais turut melahirkan kebimbangan kegiatan itu akan melahirkan generasi "ilmuan palsu". Isu itu menarik perhatian Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin pada Ahad lalu yang dilaporkan berkata tiada institusi pengajian tinggi swasta dan awam tempatan terlibat dalam kegiatan itu.

Mohd Khaled juga dilapor berkata akan meminta Rais menjelaskan mengenai perkara itu sebelum membawanya dalam mesyuarat Kabinet esok.

Bernama difahamkan isu pembeliaan doktor falsafah itu kebanyakannya melibatkan IPT luar negara secara "online" dan sehingga hari ini tiada sebarang bukti kukuh perkara itu berlaku di negara ini sekalipun ia sering dikaitkan dengan orang kenamaan dan orang politik.

Ungku Aziz berkata kebanyakkan pembeliaan PhD ekspress ini melibatkan, sama ada tesis seseorang itu dibuat individu lain atau ia diceduk dan bukannya suatu dapatan kajian baru.
Selalunya, beliau berkata, beberapa penilai akan menilai sebelum PhD diberikan kepada individu yang layak.

Bagi Prof Dr Musa Abu Hassan, pembeliaan Phd ekspress itu tidak boleh dibiarkan berleluasa kerana ia akan menghasilkan "ilmuan plastik" dalam masyarakat.

"Tiada ijazah, tiada master tetapi ada PhD. Ini tidak boleh dibiarkan berlaku," kata profesor teknologi komunikasi dan informasi (ICT) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang ketika diminta mengulas isu sama.

Sumber: Berita Harian

RATING JUMLAH PENONTON PROGRAM RAYA 2009


TAHNIAH kepada stesen televisyen kegemaranku TV3… sebab TV3 KEKAL MENJADI PILIHAN NOMBOR SATU DI MUSIM LEBARAN. Stesen no. 1 negara, TV3 dengan tagline “Inspirasi Lebaran” untuk musim Raya tahun ini terus kekal menjadi pilihan nombor satu penonton dengan memperolehi catatan rating keseluruhan secara purata sebanyak 32% daripada jumlah penonton di sepanjang minggu pertama Hari Raya (20 – 26 September 2009). Secara kesuluruhan, TV3 berjaya mendominasi apabila sebanyak 35 program utama di kalangan semua saluran televisyen di negara ini dikuasai TV3, manakala di kalangan 100 program utama sepanjang minggu Hari Raya itu, hanya enam daripadanya milik saluran pesaingnya. (Sumber: AGB Nielsen)

Di kalangan penonton Melayu dewasa, TV3 merupakan saluran pilihan utama penonton kerana berjaya mencatatkan 42%, kadar peratusan penonton daripada peratus kesuluruhan sebanyak 56% yang diperolehi oleh semua stesen televisyen di bawah syarikat konglomerat Media Prima Berhad. Filem blokbuster Sifu dan Tongga mendahului carta dengan jumlah peratusan penonton menyaksikannya sebanyak 50% atau mewakili 3.3 juta penonton; begitu juga dengan segmen Pengisytiharan Raya yang ditonton hampir 3 juta penonton dengan kadar peratusan penonton sebanyak 57%. Antara program-program lain yang berjaya menjadi pilihan penonton termasuk program hiburan dan muzikal seperti Mentor 3 Raya, filem blockbuster Duyung, Cicakman 2, Jangan Tegur juga tersenarai sebagai program paling ditonton.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato’ Sri Farid Ridzuan berkata, “Kami di TV3 amat bersyukur dan berbesar hati dengan pencapaian rating yang memberangsangkan pada musim perayaan ini kerana membuktikan bahawa TV3 masih menjadi pilihan nombor utama penonton Malaysia terutamanya ketika perayaan Hari Raya. Jumlah penonton yang tinggi menyaksikan program siaran TV3 ini bukan berlaku secara sengaja atau kebetulan, tetapi hasil strategi yang dirancang dan kajian yang mendalam bagi memahami dengan lebih baik keperluan penonton. Program-program raya yang disediakan oleh TV3 masih mengutamakan kehendak penonton yang menjadi inspirasi untuk kami mencetus program-program terbaik. Kepelbagaian gabungan genre program merangkumi filem blockbuster, telefilem, musical, bual bicara, dokumentari dan berita berjaya memikat hati penonton.”
Turut tidak ketinggalan, saluran lain di bawah naungan Media Prima Berhad juga menyajikan program-program istimewa dan menarik bagi memenuhi kehendak dan citarasa para penonton yang mahukan alternatif. TV9 berjaya menarik minat hampir setengah juta penonton melalui program-program komedi dan hiburan seperti Ceplos Raya, Geletek raya dan Cerita Hantu Malam Raya. Sementara 8TV dan ntv7 menawarkan pilihan kepada penonton berbangsa Cina dengan lebih 40 peratus penonton Cina menonton siaran dua saluran terbabit di sepanjang minggu pertama raya.

Dato’ Sri Farid juga berkata, “Selain itu, pendapatan pengiklanan (ad revenue) mempamerkan peningkatan sebanyak 44% berbanding dengan jumlah pendapatan tahun lepas pada musim Hari Raya Aidilfitri. Pihak kami beranggapan bahawa ini merupakan petanda positif bahawa keadaan ekonomi negara sekarang beransur pulih dan petunjuk jelas bahawa pengiklan terus memilih TV3 sebagai platform pengiklanan di musim perayaan.” Dengan menyediakan program-program terbaik untuk memenuhi citarasa penonton ketika mereka bercuti, Media Prima turut menjanjikan ganjaran kepada para pengiklan dengan memastikan mereka mendapat pulangan hasil daripada pelaburan menerusi saluran televisyen milik syarikat ini.

Tags: TV3
Sumber : budiey.com

Wednesday, September 30, 2009

Remaja balas dendam potong tangan bapa

TAIPEI: Seorang remaja Taiwan ditahan di atas tuduhan memotong tangan bapanya yang dikatakan dilakukan sebagai balas dendam selepas beberapa tahun mengalami penderaan fizikal.
Mangsa dikenali dengan nama Fan berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital di tengah Miaoli di Taiwan selepas anak lelakinya menetak pergelangan tangan lebih 10 kali ketika beliau sedang tidur awal pagi kelmarin, lapor Apple Daily.
Remaja berusia 17 tahun itu tidak menunjukkan sebarang kekesalan sebaliknya berkata beliau akan lebih kesal jika bapanya itu terselamat daripada serangan ter"Saya tidak merasa apa-apa jika beliau mati.
Ia seperti membunuh seekor ayam atau itik. Saya mahu membunuh beliau dua tahun lalu," katanya yang dipetik akhbar berkenaan.
Laporan itu juga menyebut bahawa Fan yang berusia 37 tahun dan sudah bercerai dengan isterinya sering memarahi dan memukul anaknya itu. – AFP babit, kata laporan itu.

Indonesia isytihar menang 'pertikaian batik'

Susilo gesa rakyat memakai baju batik esok rai keputusan Unesco

JAKARTA: Presiden Indonesia menggesa 234 juta rakyat negara itu memakai batik bagi meraikan kemenangan berhubung hak perebutan warisan kebudayaan dengan negara jiran, Malaysia.

Pertubuhan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Unesco minggu ini dilaporkan akan meletakkan cara pembuatan batik yang diamalkan Indonesia - membabitkan proses rumit mencelup dengan lilin dan warna - dalam senarai Warisan Kebudayaan Dunia agensi badan dunia itu.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengarahkan seluruh penduduk Indonesia meraikannya pada hari Jumaat ketika ia diisytiharkan secara rasmi dengan mengenakan baju, pakaian, blaus yang dibuat dari batik.

"Saya menggesa rakyat Indonesia di mana-mana juga memakai batik pada 2 Oktober," kata Yudhoyono yang dipetik oleh agensi berita Antara ketika menghadiri mesyuarat pemimpin dunia G20 di Amerika Syarikat.

Yudhoyono berkata negara itu perlu mengadakan ‘parti batik’ untuk memberitahu dunia bahawa seni berkenaan datangnya dari Indonesia.

Media di sini juga berada dalam suasana kemenangan berikutan keputusan Unesco itu yang dilihat sebagai babak terkini dalam pertikaian dengan Malaysia yang didakwa sebagai ‘mencuri’ segala-galanya dari batik hingga tarian dan lagu negara itu.

Malah rakyat Indonesia berkata penggunaan teknik dan motif batik rakyat Malaysia juga sebagai satu plagiat.

Bagaimanapun pakar batik Persatuan Warisan Indonesia, Judi Achjadi berkata pengiktirafan Unesco terhadap batik Indonesia tidak bermakna Malaysia yang memiliki tradisi pembuatan pakaian sendiri tidak mempunyai hak terhadap hasil seni itu yang turut tersebar ke seluruh Asia, Asia Barat dan Afrika.

"Fokus pencapaian ini tidak sepatutnya terhadap Malaysia," kata Achjadi. -

Bernama- 01 Okt. 09

Tuesday, September 29, 2009

WABAK CHIKUNGUNYA


SIPITANG: Baru-baru ini penduduk di sekitar daerah Sipitang telah dikejutkan dengan kemunculan penyakit Chikungunya yang menjangkiti kebanyakan penduduknya. penyakit bawaan nyamuk ini telah menyebabkan penduduk Sipitang sentiasa dalam keadaan berwaspada setelah dikejutkan juga dengan serangan wabak HiN1. Hospital Sipitang terpaksa menambah bilangan katil di wad disebabkan ramai yang terpaksa ditahan di wad untuk pemantauan.

INFO CHIKUNGUNYA
1. Chikungunya ialah sejenis penyakit yang diakibatkan oleh alfavirus bawaan gigitan nyamuk Aedes aegypti. Penyelidikan terkini oleh Institut Pasteur di Paris menuntut bahawa virus ini telah mengalami mutasi yang membolehkannya untuk direbak oleh nyamuk Aedes Albopictus (bahasa Inggeris: Tiger mosquito). Ini adalah punca wabak di Lautan Hindi dan ancaman di pantai Mediterranean pada masa ini.
Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
•Demam panas mengejut
•Sakit teruk pada sendi
•Ruam pada badan
•Sakit kepala Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.
CARA-CARA PENCEGAHAN
Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
•Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
•Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

Sunday, September 13, 2009

MENGANTUK DALAM KELAS



Wah, boringnyer kuliah ni. rasa mau tidur pula. emmm...rasa-rasanya tentu anda semua pernah rasa mengantuk kan semasa dalam kelas. macam-macam alasan yang pasti diberi, banyak assignment la, kurang tidur la, tapi yang sebenarnya, ada yang semalam tu menyelesaikan game kesayangannya, chatting, mengumpat dengan kawan2 dan mcm2 lagi. tapi jangan risau, kalau anda mengantuk lagi, ini ada cara untuk mengurangkan rasa mengantuk anda. Check it out!

CARA-CARA UNTUK MENGATASI MENGANTUK DALAM KELAS:
  1. cubalah makan gula-gula atau chewing gum.
- tapi time buka bungkusan gula-gula atau chewing gum tu, hati2.janagn sampai pensyarah dengar.ok!

2. cuci muka
- pegi la keluar sekejap pergi ke tandas, cuci muka dan bersenam sedikit.AWAS, jangan terlampau lama di tandas, nanti orang ingat kamu berak batu pula.

3.tengok kawan-kawan yang lain
- cuba anda tengok rakan sekelas anda, lihat muka sorang-sorang.tentu lucu, ada yang terangguk-angguk mengantuk, ada yang serius tapi tak tahu la apa yang difikirnya, ada yang main sms, ada yang membaca buku dan sebagainya. cuba jadikan ini sebagai lawak untuk anda.P/s- jangan buat selalu, nanti kawan marah.heheeh

4. paling penting! jangan lewat tidur!, buat assignment awal-awal dan jangan terlalu main game.ok

Raya, jangan tak Raya


selamat hari raya kepada semua yang tengok blog ini dari kami semua. gadis-gadis Malaysia kopivosian sabah09. semoga hari raya anda tahun ini adalah raya yang paling indah dalam hidup anda.Selamat hari Raya, maaf zahir dan Batin.

bengkel perfileman


UMS,9 September:pengarah filem terkenal, Jurey Rosli dijemput khas oleh pihak UMS untuk memberikan bengkel perfileman kepada pelajar komunikasi sains sosial. Bengkel tersebut diadakan selama dua hari yang bertempat di bilik mesyuarat utama sains sosial. perkara yang dibincangkan adalah mengenai cara-cara untuk mengendalikan sebuah filem dan cabaran serta isu perfileman Malaysia. Para pelajar juga diajar untuk mengendalikan kamera. Antara aktiviti yang dilakukan ialah tontonan trailer filem libas, drama songkok dan yang paling menarik ialah para pelajar dikehendaki berlakon dibawah arahan beliau.

Apa H1N1?

Hai kawan-kawan sekalian, sudah tentu anda sering mendengar babak H1N1 yang kian menular kan..Jom baca sedikit sebanyak mengenai isu ini.
H1Ni atau pun dikenali sabagai virus Influenza A yang terhasil daripada gabungan gen khinzir, burung dan manusia. Ia mula dijejaki pada April 2009 di AS dan diterbitkan sebagai penyakit merbahaya oleh WHO pada Jun 2009. Tanda-tanda penyakit tersebut ialah demam, letih, batuk, selsema, hidung berair, muntah dan tanda-tanda sakit perut. Orang mudah dijangkiti simpton ini adalah orang yang berumur 65 tahun ke atas, kanak-kanak 5 tahun ke bawah, wanita mengandung dan orang yang berpenyakit kronik. Langkah berjaga-jaga seperti tidak mendekati orang yang dijangkit, tutup mulut ketika batuk dan bersin, memakai topeng muka, kerap membasuh tangan dan sentiasa alert dengan isu semasa.

" Wahai kawan-kawan, sayangilah diri anda dan orang kesayangan anda kerana nyawa kita hanya satu..kita mampu mengubahnya.."

Monday, August 31, 2009

selamat berpuasa

assalamualaikum dan selamat menyambut bulan ramadhan dari kami semua.
walaupun kita semua sibuk dengan kuliah, berebut naik bas, asssignment tak putus-putus, janganlah kita lupa untuk menunaikan kewajipan kita untuk berpuasa.
selamat beramal dan ceria selalu.

Thursday, August 13, 2009

ASAS-ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

http://www.moh.gov.my/opencms/export/sites/default/moh/download/Pengenalan_Asas_kepada_Komputer.pdf

Apa itu Teknologi Maklumat?

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Sejarah mengenai Teknologi Maklumat..
Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Bagaimanapun, konsepnya yang asas boleh dikesani jauh lebih lama lagi. Pada sepanjang abad ke-20, pihak tentera telah berikat dengan berbagai-bagai industri untuk membangunkan elektronik, komputer, dan teori maklumat. Secara sejarah, pihak tentera telah mendorong penyelidikan-penyelidikan tersebut dengan memotivasi dan membiayai inovasi dalam bidang penjenteraan dan pengkomputan.

Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Akhir dekad 1970-an memperlihatkan kebangkitan mikrokomputer, diikuti dengan rapat oleh komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak dari masa itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan berupaya. Generasi pertama menggunakan tiub vakum, dengan generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skala sangat besar (VLSI).

Monday, July 20, 2009

Salam Perpaduan...
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Blog kami?

Senang jerr..layarilah laman web di bawah nie...
http://kopivosiansabah09.blogspot.com

Pengertian maksud komunikasi

Pengertiaan bagi maksud komunikasi;
1. Emercy Ault dan Agee, 1965 menyatakan bahawa komunikasi ialah seni memindahkan maklumat, idea dan sikap daripada seseorang kepada seseorang.
2. Bleum, 1996 memberi maksud tersendiri dengan manyatakan bahwa komunikasi ialah satu proses menjadikan biasa atau pertukaran kajian subjektif seperti idea, kepercayaan yang biasanya menerusi bahasa, persembahan visual, peniruan dan cadangan yang baik merupakan asas masyarakat manusia yang paling utama.

Mengandungi enam unsur utama: pengirim, penerima, media@alat, mesej, maklum balas/kesan dan gangguan/kawalan.

Seperti gambar rajah di bawah;

  • Alat
  • Pengirim
  • Penerima
  • Gangguan
  • Maklum balas
  • Mesej

Secara ringkasnya, proses komunikasi bermula apabila mesej daripada pengirim dipindahkan menerusi alat kepada penerima yang kemudianya memberi maklum balas terhadap mesej tersebut kemudian mengembalikan isyarat dalam bentuk sama ada mesej tersebut sudah di terima atau tidak. Gangguan pula boleh berlaku bila-bila masa sahaja yang boleh menghalang sesuatu mesej yang hendak disampaikan dengan jelas dan berkesan.