Friday, October 9, 2009

OBAMA PEMENANG NOBEL KEAMANAN

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang baru memimpin AS kurang sembilan bulan diumumkan semalam oleh Jawatankuasa Nobel Norway sebagai pemenang anugerah Nobel Keamanan.

Bagaimanapun, beberapa pihak mengkritik pemilihannya sebagai pemenang termasuk pergerakan Taliban yang kini berperang dengan askar-askar AS di Afghanistan.
Obama, 48, diumum pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2009 dan akan menerima hadiah wang tunai AS$1.4 juta (RM4.75 juta).

Beliau akan menerima hadiah itu dalam satu majlis di sini pada 10 Disember depan.
Pengerusi Jawatankuasa Nobel, Thorbjoern Jagland menolak dakwaan bahawa kemenangan Obama itu terlalu awal untuk diberikan kepadanya.

Jawatankuasa itu sebaliknya memuji Obama kerana melakukan usaha luar biasa bagi mengukuhkan diplomasi antarabangsa dan kerjasama antara manusia.

Antara pemimpin dunia yang telah memenangi Hadiah Nobel Keamanan termasuk Nelson Mandela dari Afrika Selatan, bekas presiden Rusia, Mikhail Gorbachev dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan,

No comments:

Post a Comment